Sunday 24 May 2015

Kehidupan Berumah Tangga. - Rumah

Tidak lama lagi, cuti sekolah akan bermula. Begitu juga kehidupan baru akan dibina. Yela...kehidupan sebagai suami isteri kepada bakal pengantin.

Kehidupan selepas berkahwin dan sebelum tidak sama. Sangat berbeza. Bila sebelum, kita hanya seorang, semuanya seorang. Tapi lepas nie, semuanya bersama. Makan, Tidur, Rumah, Bilik Air, Baju, Kereta dan sebagainya.

Ia sebuah kehidupan yang penuh dengan keharmonian, Cabaran, Ujian, Senyuman dan Rasa Hati.

Tahniah diucapkan kepada yang berumah tangga, semoga anda bahagia sehingga di syurga.

Selepas berumah tangga, APA PERKARA UTAMA yang mesti dilakukan?
Soalan ini pasti akan bermain di fikiran pasangan yang baru bernikah.

Cadangan dari seorang pakar, mereka cadangkan anda mencari rumah dahulu, samada rumah sewa atau rumah milik sendiri.

Bagi yang mampu dan berkeupayaan, boleh la terus cari rumah sendiri samada rumah baru hendak di bina atau rumah sudah siap sedia untuk di duduki. Kedua-duanya ada risiko yang perlu di fikirkan.

Bagi yang kurang kemampuan, pilihan terbaik adalah menyewa rumah buat sementara waktu sehingga mampu memiliki rumah sendiri. Pilihan menyewa pula perlu pilih beberapa aspek sebelum menyewa. Samada tuan rumahnya ok ke tidak, suasana perumahan yang aman damai atau sebaliknya. Semuanya perlu diambil kira bersama.



No comments:

Post a Comment