Setiap
manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita.
Kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita
menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita tentukan
dalam minda. Kalian berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira.
Berikut disenaraikan beberapa tips untuk hidup bahagia dan ceria...
1. Hidup Bukan Sempurna
Kita
semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada
kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu
kalian lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam
minda kalian bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya. Percayalah
bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita
daripada kita.
2. Jangan Berdendam
Dendam
adalah penyebab utama yang menghalang kalian untuk hidup gembira. Tidak
kira dengan siapa kalian berdendam kalian perlu membuangnya.
Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami
disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang
menyebabkan kalian tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan kalian
kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan
ini untuk menjatuhkan kalian.
3. Mencintai dan menghargai
Luahkan
perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan
suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah kalian tu untuk
mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang
disekeliling kalian. Dengan bertindak sedemikian, kalian akan
memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah kalian
hargai dan puji sebagai balasan.
4. Bekerja dengan gembira.
Kalian
menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan kalian
melakukan sesuatu yang kalian gembira lakukannya. Jika kalian tidak
gembira dengan kerja kalian sekarang, kehidupan kalian pasti sengsara.
Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang kalian minati, buat
satu perancangan yang perlu supaya kalian dapat menikmati kerja yang
mengembirakan.
5. Jaga Kesihatan
Jika
kalian inginkan kebahagiaan maka kalian perlu menghargai diri sendiri.
Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan kalian
sentiasa mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman.
Dengan demikian kalian akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh
dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih
gembira.
6. Buat perkara yang kalian benar-benar ingin lakukan.
Kita
tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh
melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam
hidup. Lakukan sesuatu yang kalian benar-benar ingin lakukan dan
berusaha mencapainya agar kalian memperolehi kepuasan dan merasai
kejayaannya.
7. Rancang Hidup dengan Baik
Orang
yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia
daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja
kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka
gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.
No comments:
Post a Comment