Tips Menghargai Isteri
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap
pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati,
disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah
lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak
sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak
pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun
anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan
selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak
suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri
seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang
mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran
Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan
Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk
syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira
dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka
ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka
redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka
perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan
apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin
mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia
memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh
sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami
seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia
memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup
sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak
mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri
akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda
sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima
kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami
perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda
bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun
perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti
lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan
isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia
berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan
suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan
baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di
belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa
isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang
menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia
nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis
sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba
anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri
anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda
ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala
kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa
ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan
lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan
kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala
semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia
terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres
demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat
kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami
isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan
atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai
'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa
depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem
kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat
selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat
mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan
semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan
sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa
berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda
tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah
hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak.
Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat
menghargai pengorbanan isteri.
No comments:
Post a Comment