Thursday 18 October 2012

Kebosanan di Tempat Kerja

Disangka Panas sampai ke petang, rupanya mendung ditengahari. Hidup manusia tidak selalu ceria dan gembira, adakalanya kehidupan manusia akan memasuki fasa kebuntuan dan kesesakan kepala. Moody, tidak ada mood, bosan dan bermacam lagi perkara ditemui dalam kehidupan ini. Kali ini, akan diterangkan sedikit tips dan panduan untuk mengatasi kebosanan.

1. Tetapkan tujuan, matlamat dan target pada hari itu yang hendak dicapai. Dengan adanya target harian atau mingguna, kita akan terdorong untuk melaksanakan perkara tersebut dengan bersungguh kerana mengetahui akan target yang hendak dicapai.

2. Luangkan sedikit masa untuk diri sendiri. Hargai diri anda dengan membeli barangan yang anda mahukan sekali-sekali. Perbuatan memberikan hadiah kepada diri sendiri menjelaskan bahawa anda menghargai diri. Untuk menanti orang lain menghargai diri sendiri entahkan bila. Adalah lebih baik sekiranya kita menghargai diri sendiri sebelum orang lain menghargainya.

3. Lakukan sedikit perubahan pada tempat kerja, meja belajar, bilik tidur atau ruang tamu anda. Sedikit perubahan boleh memberikan kesan yang besar dikemudian hari. Di samping itu ia turut mengurangkan kebosanan pemandangan setiap hari. Perubahan yang dilakukan itu mampu memberikan sauatu suasana baru di sekeliling anda. Dengan suasana baru, ia mampu memberi motivasi untuk bersemangat untuk terus maju.

4. Melakukan aktiviti sampingan atau kegemaran anda selepas melakukan kerja atau belajar. Aktiviti sampingan ini bagi membantu anda merehatkan minda dan menghilangkan sebentar kekusutan fikiran dari aktiviti biasa yang dilakukan. Di samping itu, ia boleh memberi kesihatan pada diri.

Friday 12 October 2012

Tips Berjimat Ketika Berbelanja

Post pada kali ini, kami ingin berkongsi serba sedikit mengenai tips dan sedikit cara berjimat cermat ketika berbelanja dan bershopping. Pergi bershopping nie, memang satu perkara yang seronok dan menarik. Kita boleh beli apa sahaja yang kita mahukan sekiranya duit mencukupi.

Jadi, dalam berbelanja nie, kita kena la berhati-hati agar supaya tidak seperti pisang berbuah dua kali dan menyesal.

Antara perkara yang boleh dilakukan dalam berjimat ketika berbelanja nie, seperti berikut:

1. Membuat senarai barang yang hendak dibeli terlebih dahulu sebelum pergi keluar membeli-belah. Yela...mana tidaknya, bila kita sudah berada di dalam pusat membeli belah itu, mata mula menjadi rabun serta merta, dan hati berbunga-bunga melihat barang yang cantik-cantik dan menarik.

2. Membawa duit tunai yang secukupnya di tangan. Agak bahaya sebenarnya membawa wang tunai di tangan banyak-banyak nie. Dengan keadaan sekarang nie, dengan kes ragut dan rompak, bahaya. Jadi, bawa la duit secukupnya. Ini bertujuan mengelakkan kita membeli barang yang tidak sepatutnya.

3. Membeli ketika tiba waktu jualan murah dan ada sale murah-murah. Malaysiakan kaya dengan jualan murahnya yang diadakan saban tahun. Beli time sale nie memang menjimatkan. Harga boleh dapat hampir 50% diskaun dari harga biasa. Normalnya, yang diskaun nie stok lama la...lama sikit xpe la...yang penting poket kita tidak kempis dan cukup untuk akan datang.

Tuesday 9 October 2012

Ujian Kehidupan

Kehidupan merupakan suatu anugerah Ilahi yang tidak terhingga nilainya. Dengan kehidupan yang diberikan, manusia berupaya melakukan berbagai perkara dan acara dalam kehidupan seharian mahupun bulanan serta tahunan. Perancangan harian, mingguan dan bulanan yang direncanakan mencorakkan tindakan manusia dalam menuju matlamat kehidupannya samada baik mahupun sebaliknya.

Pepatah ada mengatakan, gagal merancang merupakan merancang untuk gagal. Pepatah kedua, angan-angan(merancang) tanpa usaha, hanya sekadar tahi ayam. Sedap sungguh pepatah melayu ini. Saling berkait dan berhubungan antara satu dengan lain. Satu lagi pepatah, rezeki segantang tidak akan jadi secupak. Sememangnya rezeki secukap itu tidak akan menjadi segantang sekiranya tidak berusaha. Makna sebaliknya secupak itu, adakah kita tahu nilai secupak itu besar mana?tinggi mana? dan selebar mana secupak? Sedangkan Al-Quran sudah menyatakan, setiap yang hidup itu ada rezekinya sendiri. Dengan kata lain, kita sebagai manusia, berusaha sebagaimana gigih, sekiranya bukan rezeki kita yang secupak itu, bukan kita punya. Kita hanya diberikan rezeki kita yang secupak itu sahaja.

Usaha mencari rezeki ini ada berbagai cara. Dalam mencari rezeki, rintangan dan cabaran serta ujian akan dilalui untuk mencapai rezeki yang dihajatkan. Usaha yang gigih, semangat yang jitu serta doa yang berterusan diperlukan dalam perjuangan mencari rezeki. Usaha perlu diteruskan, doa perlu dipanjatkan, ia merupakan bekalan dan senjata mendaki pintu rezeki yang masih belum jelas kelihatan di mata manusia. Keghairahan mencari rezeki itu, berjumpa dengan berbagai macam ragam manusia, menyokong, membantu dan memberi idea. Malah ada juga yang membangkang, memandang serong dan mematahkan semangat akan dijumpai dalam lebuh raya yang sesak itu.

Teruskan usaha, panjatkan doa, kekalkan hubungan dengan Maha Esa, hanya kepadanya manusia memerlukan pertolongan.