Saturday 13 April 2013

Pengalaman Bekerja Tuk Pertama Kali

Bekerja?Ia belum ada lagi dalam benak fikiran ku sebelum nie. Maklumlah, sibuk dengan belajar dan bercadang untuk menyiapkan kajian secepat mungkin. Akan tetapi, setelah mendirikan masjid dan berasa perlu kepada mencari nafkah yang halal lagi tayyibah, maka keputusan bekerja diambil.

Dan aku bertanya mengenai kerja kosong disebuah stesen minyak. Pada hari itu juga aku ditemuduga. Bertanya mengenai asal-usul, sedang buat apa sekarang nie, sudah berkahwin ke belum dll. Maka, aku secara tidak sedar, diterima bekerja dengan ada beberapa syarat.

Syaratnya, kene efisen, cekap, pantas dan tangkas, teamwork dan bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain. Mewujudkan persekitaran bekerja yang bagus, rajin, tidak curi tulang dan perkara yang positif la. Maka aku diterima bekerja pada 1 April 2013 secara rasminya dan masuk kerja pada pukul 11.00 AM. 

Seminggu berlalu, antara tanggungjawab terhadap isteri dan peranan dan tugas sebagai pekerja, aku terpaksa membahagikan. Terima kasih isteriku tercinta kerana memahami waktu kerja suamimu ini. Seminggu itu berjalan dengan baik dan tiada masalah. Aku dapat sedikit membiasakan diri. Masuk minggu kedua, aku mula rasa sedikit kebosanan dan ketidaktahuan akan skop tugas kerja diriku. Hendak lakukan ini terasa salah, hendak buat itu, terasa tidak betul, maka, aku buat apa yang termampu dan kurang bersemangat bekerja. Tiada skop dan bidang kerja yang spesifik.