Tuesday 16 July 2013

Import Barangan Dari Indonesia

Wow...bila tengok tajuk tu, macam besar je bunyikan kan...sebenarnya, hanya sekadar sebungkus barang dari seberang.

Perniagaan kami selangkah maju ke hadapan. Kami berusaha untuk membawa masuk pelbagai jenis pakaian baju dan t-shirt lelaki dan perempuan dari luar negara. Prosesnya bermula dengan kami mengambil order dan tempahan dari customer. 

Agak lama juga kami mengambil order dan tempahan tersebut, hampir sebulan kami mengumpul order dan tempahan tersebut. Pelbagai ragam dan cabaran kami terima semasa mengambil tempahan tersebut. Ada yang mudah sahaja urusan, ada yang bertanya sahaja tetapi tidak membeli, ada yang bertanya bermacam-macam dan membuat tempahan, kemudian sebulan seterusnya baru bayaran dibuat dan bermacam lagi ragam pelanggan.

Setelah selesai mengambil tempahan, kami membuat pembayaran kepada pengilang dan pengedar di seberang. Tiada perjanjian, tidak pernah bersua muka, hanya berdasarkan kepercayaan dan keyakinan, alhamdulillah, kami meneruskan proses.  

Pembayaran perlu dibuat, hampir RM 1000 semua sekali jumlah yang perlu dibayar. Hanya berdasarkan kepercayaan sahaja, kami membuat pembayaran...tapi bagaimana?sedangkan pengilang berada di Indonesia? Nak bayar guna apa? suatu persoalan yang perlu di selesaikan. Kemudian, jalan penyelesaian dijumpai...menggunakan western union. Pertama kali menggunakan khidmat WU nie...kami agak kekok untuk mengisi borang, maklumlah...tidak pernah menghantar wang menggunakan WU. Berapa FEE nya...kemudian, berapa kene bayar?dah la dorg hanya berikan jumlah dalam rupiah sahaja...berapa kadar tukaran wang asing...pengalaman yang sangat memberi pengajaran.

Selesai membuat pembayaran, kami menunggu hampir seminggu dengan sabar. Sambil menunggu sambil berdoa supaya berjalan lancar dan tiada sebarang kerosakan kepada barang yang di pos. Sebelum pos, kami bertanya, berapa kos pos ke Malaysia?Menggunakan khidmat pos apa?berapa masa diambil? Barang kami hampir seberat 7kg, hanya 19 helai baju sahaja. kosnya hampir RM 300...suatu jumlah yang banyak untuk kami bayar....

Selesai menunggu dengan sabar, kami terima suatu surat dari POS LAJU MALAYSIA yang menyatakan barang kami ditahan oleh KASTAM dan perlu diCUKAI...waaa....cabaran lagi, mana nak cari duit nak bayar kos cukai, kastam dan pos laju nie?tolong........!!! Dengan perasaan ingin tahu, kami telefon pejabat kastam mengenai kos cukai dan kos perkhidmatan...cukai kastam dikenakan 10% manakala khidmat pos laju pula RM 50.00...duit2..dimana kau duit...macam lagu la pulak kan.

Sebelum tu, kene faxkan sehelai surat dan beberapa surat yang lain sebagai bukti...aduh...mane nak cari mesin fax lak nie...cari punya cari...jumpa di sebuah kedai cyber cafe...nak tahu berapa dia caj?RM 5.00 sehelai hanya untuk fax ke penang. Mahalnya....


Sunday 14 July 2013

Salam Ramadhan 2013

Salam Ramadhan, Salam Bulan Keberkatan dan Salam Ibadah

Bulan ramadhan nie merupakan bulan yang paling baik. Perbanyakkan ibadah kerana  ganjarannya sangat tinggi, jangan lepaskan peuang yang sangat istimewa ini

Pemasaran...Pemasaran...Pemasaran

IKLAN!!! PROMOSI!!! DISKAUN!!!

Itu merupakan antara perkara yang sering difikirkan oleh para peniaga. Ini kerana, pemasaran dan pengiklanan merupakan jantung hati sesebuah perniagaan. Kenapa? Sebabnya iklan akan menarik para pembeli membeli produk yang dijual oleh sesebuah syarikat.

Jadi, apa jalan pemasaran yang terbaik?
Sudah tentu iklan melalui media television....kan? lagi-lagi iklan pada waktu puncak seperti dalam iklan berita tv3...

Akan tetapi, berapa kosnya pula?
waaa...kene fikir semula nie

jika tidak membuat iklan, tiada sale,
tiada sale, tiada pendapatan
macam mane nie?huhu

Saturday 13 April 2013

Pengalaman Bekerja Tuk Pertama Kali

Bekerja?Ia belum ada lagi dalam benak fikiran ku sebelum nie. Maklumlah, sibuk dengan belajar dan bercadang untuk menyiapkan kajian secepat mungkin. Akan tetapi, setelah mendirikan masjid dan berasa perlu kepada mencari nafkah yang halal lagi tayyibah, maka keputusan bekerja diambil.

Dan aku bertanya mengenai kerja kosong disebuah stesen minyak. Pada hari itu juga aku ditemuduga. Bertanya mengenai asal-usul, sedang buat apa sekarang nie, sudah berkahwin ke belum dll. Maka, aku secara tidak sedar, diterima bekerja dengan ada beberapa syarat.

Syaratnya, kene efisen, cekap, pantas dan tangkas, teamwork dan bekerjasama dengan rakan sekerja yang lain. Mewujudkan persekitaran bekerja yang bagus, rajin, tidak curi tulang dan perkara yang positif la. Maka aku diterima bekerja pada 1 April 2013 secara rasminya dan masuk kerja pada pukul 11.00 AM. 

Seminggu berlalu, antara tanggungjawab terhadap isteri dan peranan dan tugas sebagai pekerja, aku terpaksa membahagikan. Terima kasih isteriku tercinta kerana memahami waktu kerja suamimu ini. Seminggu itu berjalan dengan baik dan tiada masalah. Aku dapat sedikit membiasakan diri. Masuk minggu kedua, aku mula rasa sedikit kebosanan dan ketidaktahuan akan skop tugas kerja diriku. Hendak lakukan ini terasa salah, hendak buat itu, terasa tidak betul, maka, aku buat apa yang termampu dan kurang bersemangat bekerja. Tiada skop dan bidang kerja yang spesifik. 

Friday 15 March 2013

Pasang Surut kehidupan

Berniaga memang sangat lumayan hasilnya. Cabarannya juga banyak. Bak kata pepatah, besar periuk, besarlah juga keraknya. Hanya orang yangg tertentu sahaja yangg akan dapat meneruskan perjuangan menjadi usahawan yangg berjaya.

Sebelum berniaga, banyak perkara perlu ditimbangkan...antaranya ialah
- risiko
- pelanggan
- kemampuan diri
- kos-kos yg berkaitan
- masa
- kewangan

Semua perkara ini perlu ditimbangkan sebaiknya sebelum memulakan perniagaan.
Harapnya, berkat usaha dan doa, perniagaan yg dijalankan berjaya dan juga tidak lupa tuk berzakat.

Monday 4 March 2013

Ikatan Kekeluargaan

Salam dan selamat sejahtera... Apa khabar semua?harap semuanya sihat-sihat belaka...

Setiap dari manusia menginginkan keluarga yang bahagia dan ceria. Untuk memiliki keluarga bahagia, usaha perlu dilakukan. Ia tidak datang dengan sendirinya. 

Keluarga bahagia bukan diukur dari banyaknya harta benda, tinggi pangkat sosial mahupun kecantikan paras rupa, akan tetapi sikap redha dan sabar dalam menghadapi segalanya. Serta sikap saling hormat menghormati, nasihat menasihati dan tolong menolong.

Kemudian, makan bersama sangat penting. Sekali sekala tu, makan la di tempat yg istimewa sedikit untuk menaikkan seri hubungan kekeluargaan itu semula.

Thursday 28 February 2013

Tips Menabung

Menabung nie memang la best...cuma yg tidak bestnya, nak konsisten menabung terus menerus...

Kali nie, saya nak share sedikit tips menabung daripada Irfan Khairi...

Jom kita amalkan... semoga bermanfaat...


Friday 22 February 2013

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Bantuan Rakyat 1 Malaysia Atau BR1M merupakan salah satu pelan kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Bantuan yang diberikan bersyarat. Tidak semua rakyat mendapat bantuan 'Khas' ini. Bagi keluarga yg berpendapatan rendah, kurang dari RM 3k, maka akan layak diberi bantuan. Alhamdulillah...

Persoalannya, bg keluarga yg berpendapatan RM 3k lebih...lebihnya cuma RM 1 sahaja...bagaimana pula?adil kah begitu?

Jika anda layak mendapat bantuan, tahniah diucapkan...tapi, sampai bila kita mengharapkan bantuan? tapi, bantuan ini seharusnya digunakan sebaiknya agar dapat meringankan beban kos kehidupan yg melanda saban hari

Hidup Bahagia dan Membahagiakan


Setiap manusia tidak dilahirkan untuk berdukacita, sengsara dan derita. Kebahagiaan sebenarnya milik kita semua. Dan bagaimana kita menterjemahkan kebahagiaan adalah mengikut pilihan yang kita tentukan dalam minda. Kalian berhak untuk memilih untuk bersedih atau bergembira.

Berikut disenaraikan beberapa tips untuk hidup bahagia dan ceria...

1. Hidup Bukan Sempurna
Kita semua tahu bahawa kehidupan kita bukan selalunya gembira sentiasa, ada kalanya ia membuatkan kita sedih, kecewa dan hampa. Apa yang perlu kalian lakukan adalah menerima semuanya dari sudut positif. Simpan dalam minda kalian bahawa sesuatu yang pahit itu ada penawarnya. Percayalah bahawa ada manusia lain di luar sana yang lebih 100 kali menderita daripada kita.


2. Jangan Berdendam
Dendam adalah penyebab utama yang menghalang kalian untuk hidup gembira. Tidak kira dengan siapa kalian berdendam kalian perlu membuangnya. Kebanyakkan daripada kita meletakkan peristiwa pahit yang kita alami disebabkan orang kedua dan sering menyalahkan orang lain yang menyebabkan kalian tidak bahagia. Menjadi pendendam menyebabkan kalian kehilangan tenaga positif dan memudahkan orang lain mengunakan kelemahan ini untuk menjatuhkan kalian.


3. Mencintai dan menghargai
Luahkan perasaan cinta, menghargai persahabatan, menceriakan dan menghangatkan suasana dalam hubungan sesama manusia. Ringankan lidah kalian tu untuk mengucapkan kata-kata penghargaan dan pujian kepada setiap orang disekeliling kalian. Dengan bertindak sedemikian, kalian akan memperolehi respon yang positif daripada setiap orang yang pernah kalian hargai dan puji sebagai balasan.


4. Bekerja dengan gembira.
Kalian menghabiskan banyak masa untuk bekerja, oleh itu pastikan kalian melakukan sesuatu yang kalian gembira lakukannya. Jika kalian tidak gembira dengan kerja kalian sekarang, kehidupan kalian pasti sengsara. Jika kerja tersebut bukan dalam bidang kerjaya yang kalian minati, buat satu perancangan yang perlu supaya kalian dapat menikmati kerja yang mengembirakan.


5. Jaga Kesihatan
Jika kalian inginkan kebahagiaan maka kalian perlu menghargai diri sendiri. Kesihatan diri adalah senjata kepada kesihatan mental. Pastikan kalian sentiasa mengamalkan makanan seimbang dan melakukan senaman. Dengan demikian kalian akan dapat merasakan satu kekuatan yang penuh dengan tenaga dan semangat untuk menjalani kehidupan dengan lebih gembira.


6. Buat perkara yang kalian benar-benar ingin lakukan.
Kita tidak dapat buat semua perkara yang kita inginkan namun kita boleh melakukan sekurang-kurangnya beberapa perkara yang kita inginkan dalam hidup. Lakukan sesuatu yang kalian benar-benar ingin lakukan dan berusaha mencapainya agar kalian memperolehi kepuasan dan merasai kejayaannya.


7. Rancang Hidup dengan Baik
Orang yang mempunyai perancangan dan objektif dalam hidup lebih bahagia daripada mereka yang tidak mempunyai perancangan hidup. Mudah sahaja kerana jawapannya, mereka ini lebih menghargai setiap masa yang mereka gunakan untuk mencapai setiap matlamat yang mereka rancang.

Thursday 21 February 2013

Tips Membentuk Rumah Tangga Bahagia

Tips Menghargai Isteri
1. Anggap pasangan seperti diri sendiri
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami dan isteri. Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta. Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah cerminan diri anda sendiri. Kemana pun anda pergi potret wajahnya perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan menjadi bahagia.
2. Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap bahawa kerja-kerja rumah adalah tanggungjawab isteri seratus peratus. Walhal dalam Islam sendiri tidak ada hukum yang mengatakan bahawa isteri wajib melakukan kerja-kerja rumah. Cuma, ajaran Islam mengatakan bahawa wanita berkahwin yang taat dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaik akan dijamin masuk syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak berkira dengan kerja-kerja rumah yang mereka lakukan selama ini.
3. Isteri adalah manusia
Mereka ialah kaum wanita yang penuh dengan perasaan emosi. Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun jika mereka tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan sering ingin mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
4. Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi daripada orang yang disayangi. Jika suami seorang yang prihatin dan menyayangi isterinya, apalah salahnya jika dia memberikan hadiah kepada isterinya. Hadiah tidak perlu terlalu mahal.
Cukup sekadar seutas jam ataupun sehelai tudung. Jika 'budget' anda tidak mencukupi, sekuntum bunga dan sekeping kad sudah memadai. Hati isteri akan tersentuh dengan pemberian hadiah dan lebih terharu jika anda sempat menulis sepatah dua kata penghargaan di dalamnya spt 'terima kasih di atas segala pengorbanan sayang selama ini'
5. Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri, jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak, membasuh dan mengemas rumah. Maka suamipun perlu membantu. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti lauk pauk cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan isteri anda yang sedang menikmati makanan yang anda masak. Tentu dia berasa gembira dan tersenyum.
6. Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan daripada isteri adalah suatu kebebasan baginya. Kerana isteri tidak dapat menghidu apakah yang dilakukan di belakangya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat-tempat peranginan yang menarik seperti Genting Highlands ataupun Fraser Hills. Walaupun ia nampak remeh, tetapi setiap isteri pasti akan menghargai saat-saat manis sewaktu berehat di situ.
7. Ciuman khas untuk isterimu
Cuba anda tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri anda ketiak dia berehat setelah begitu penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami kepada isteri.
8. Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur. Memanglah wajar isteri penat jika dia terpaksa bangun pagi seawal lima pagi bagi memastikan semuanya beres demi kemudahan suami dan anak-anak. Kemudian tidur pula paling lewat kerana sibuk menyediakan persiapan untuk esok hari.
9. Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu-isu semasa boleh dijadikan sebagai 'ice-breaking'. Kemudian, berbincanglah tentang hal rumahtangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan pandangan isteri tentang problem kerjanya. Malah isteri tentu berminat hendak mengetahui 'gosip' pejabat selepas seharian berhempas pulas di rumah. Dari situ isteri dapat mengenali karektor rakan-rakan pejabat suami secara tidak langsung.
10. Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi oleh suami. Jika isteri berhajatkan sebuah mesin basuh ataupun mesih jahit, pihak suami mungkin terpaksa berfikir dua atau tiga kali sebelum memenuhinya. Bagaimanapun, jika anda tidak berjaya memenuhi hajat isteri untuk masa yang terdekat, simpanlah hajat isteri anda itu dan tunaikanlah apabila anda berpeluang kelak. Bukankah pemberian itu melambangkan habawa anda adalah suami yang amat menghargai pengorbanan isteri.
Tips Rumah Tangga Bahagia.

1. Layan pasangan dgn baik

2. Pasangan itu adalah sumber pahala

3. Anggap setiap hari adalah hari pertama perkahwinan

4. Membuat perkara yang menceriakan rumah tangga.

5. Bawa berjalan-jalan.

Wednesday 20 February 2013

Tips Merawat Kulit Wajah dan Jerawat

PETUA DAN TIPS PENJAGAAN KULIT WAJAH:

Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah. WAJAH adalah bahagian yang sering menjadi perhatian remaja, khususnya remaja perempuan.

Untuk tampil memiliki wajah yang halus dan sihat, remaja seharusnya menjaga kulit wajah sejak dari awal lagi atau sebaik-baiknya sejak dari usia belasan tahun.

Usia remaja sememangnya menuntut mereka bergerak aktif dalam melakukan pelbagai aktiviti luar. Hal itu menyebabkan mereka sering terdedah dengan debu dan cahaya matahari yang terik.

Beberapa tip bagi merawat wajah remaja:

1. Basuh muka - Seelok-eloknya basuh muka setiap hari dengan menggunakan pembersih wajah yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.

Elakkan membasuh wajah ketika anda berpeluh. Ia bertujuan bagi mengelakkan wajah anda ditumbuhi panau.

Setiap kali bangun tidur, selepas melakukan aktiviti dan sebelum tidur adalah masa yang paling sesuai untuk remaja membersihkan wajah.

Bagi yang memiliki kulit wajah berminyak, seelok-eloknya anda gunakan pembersih wajah yang mengandungi benzoil peroksida atau asid salisilik bersama penyegar.

Sementara untuk mereka yang memiliki kulit kering atau normal, sebaiknya menggunakan pembersih wajah yang lembut.

2. Gunakan krim pelindung matahari - Umumnya, aktiviti luar yang dilakukan menyebabkan remaja sering terdedah di bawah sinaran matahari yang terik. Justeru, bagi mengelak pendedahan sinar matahari secara langsung yang boleh merosakkan kulit, gunakan krim pelindung matahari yang sesuai dengan tempoh waktu anda mendedahkan kulit wajah pada sinar mentari. Lagi lama anda terdedah pada sinar matahari, maka lebih tinggi SPF bagi krim pelindung yang digunakan.

3. Rawat kulit setiap hari - Bagi remaja yang tidak menghadapi sebarang masalah kulit, tugas menjaga wajah akan menjadi lebih mudah. Mereka hanya perlu melakukan perawatan wajah iaitu pembersihan dan penyegaran pada setiap hari.

4. Perawatan Jerawat adalah masalah yang dihadapi sebahagian besar remaja sekarang. Lebih-lebih lagi, apabila parut jerawat meninggalkan kesan pada wajah.

Jika kulit anda cenderung berjerawat, ada baiknya melakukan rawatan tambahan seperti berikut:

* Gunakan masker untuk jerawat seelok-eloknya seminggu sekali. Fungsinya untuk membuang lebihan lemak dan mengecilkan pori-pori (khusus untuk kulit berminyak).

* Menggunakan ubat jerawat yang sesuai dan pakai hanya pada bahagian wajah yang ditumbuhi jerawat.

* Aplikasikan krim antijerawat yang mengandung benzoil peroksida, asid glikolik dan asid salisilik ke bahagian yang bermasalah.

* Gunakan krim malam yang menghilangkan noda bekas jerawat.

* Pada waktu pagi, jangan lupa menggunakan krim pelindung matahari bebas minyak di seluruh wajah.

* Hindari daripada memicit atau menggaru wajah dengan menggunakan jari. Dalam kuku dan jari kita terdapat banyak kekotoran yang tidak diketahui dan ia boleh merosakkan wajah.

* Banyakan minum air putih.

* Jika anda memiliki parut jerawat yang ketara, atasi masalah tersebut dengan menggunakan krim atau bedak asas.

* Jangan menggosok wajah. Kulit yang berjerawat adalah kulit yang mengalami iritasi. Jika anda menggosoknya, ia akan pecah dan pori-pori akan membesar.

* Jika masalah jerawat sudah sampai ke tahap teruk, segera berjumpa doktor bagi mengatasi masalah tersebut.

* Sebelum tidur malam, letakkan hirisan limau nipis atau tomato pada wajah dan bersihkannya pada keesokan hari. Ia boleh mengecutkan jerawat.

Tuesday 19 February 2013

Panduan Membeli Belah

Membeli belah merupakan suatu perkara yang sgt seronok. Membeli barang yang diperlukan dalam hidup dan membeli barang yang dikehendaki merupakan perkara yang dapat memuaskan hati dan jiwa. Tapi, awas...berbelanja mengikut hawa nafsu, akan mengakibatkan kuasa membeli berkurang.

Sebelum membeli, anda dinasihatkan agar membuat beberapa persoalan:

1. Mengapa - asas untuk membuat keputusan membeli.
2. Apa - barang atau perkhidmatan yang diperlukan.
3. Jenis Barangan - jenama apa dan siapa yang membuat barang tersebut.
4. Bila - waktu yg diperlukan untuk membeli barangan seperti hujung minggu, hujung bulan, jualan tawaran dll.
5. Di Mana - Pasaraya, gudangraya, kedai khusus.
6. Bagaimana - Tunai, oinjaman, hutang atau bayaran bulanan.
7. Berapa Banyak - kuantiti, bilangan dan harga barangan.

Monday 18 February 2013

Perniagaan...

Masyarakat Cina sememangnya begitu terkenal dengan kehebatan mereka dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Bukan hanya masyarakat Cina di negara kita, malah boleh dikatakan hampir di seluruh dunia kita dapat melihat masyarakat Cina memonopoli bidang perniagaan. Produk-produk yang terdapat di pasaran hari ini juga kebanyakkannya datang dari negara Tembok Besar itu termasuklah barang-barang keperluan rumah, tekstil dan pakaian, serta peralatan-peralatan IT terkini. Mereka juga mampu untuk menjadikan sesuatu perniagaan yang bermula hanya dengan kecil-kecilan menjadi lebih maju dan luas. Pendek kata, keistimewaan kaum Cina ini adalah daripada aspek strategi mereka menjalankan perniagaan tersebut. Hal ini turut menjadikan kaum Cina dipandang begitu tinggi kerana mereka mempunyai kemahiran yang tersendiri dalam menjalankan sesuatu perniagaan yang mereka ceburi.

Apabila dikaji secara mendalam, apa yang dapat dirumuskan adalah kemahiran dalam perniagaan atau bisnes bukanlah suatu keistimewaan yang hanya boleh didapati bagi sesuatu kaum. Tetapi kemahiran tersebut sememangnya boleh dipelajari.

Pegangan Masyarakat Cina dalam Perniagaan
Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Berikut merupakan tujuh pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan :
  1. Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas
  2. Jimat, jika tidak akan membazir modal
  3. Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari
  4. Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang
  5. Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan
  6. Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang
  7. Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esokKetujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.
Perniagaan Adalah Satu Seni
Apa yang lebih menarik lagi, masyarakat Cina turut menganggap bisnes merupakan satu seni. Memetik satu falsafah masyarakat Cina yang berbunyi, ‘dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu peniaga perlu mempersiapkan dirinya dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan mendatang.’ Falsafah ini begitu popular dalam kalangan mereka. Mereka turut menyamakan perniagaan atau bisnes dengan seni kungfu yang digunakan untuk mempertahankan diri. Mengapa? Dunia bisnes memerlukan kita untuk bersedia bagi menghadapi segala rintangan dan masalah yang tidak dijangka. Begitu juga dengan seni kungfu. Mempelajari seni kungfu adalah bertujuan untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi sebarang bentuk ancaman yang mendatang. Maka, daripada sinilah timbulnya istilah seni bisnes atau seni perniagaan bagi masyarakat Cina. Terdapat beberapa tip penting yang membahaskan tentang seni perniagaan masyarakat Cina, anataranya ialah :
  • Seni berniaga adalah cukup halus dan tidak memadai mempelajarimya secara teori sahaja. Berniaga perlu praktikal dan menuntut seseorang supaya selalu bersikap fleksibel.
  • Peniaga perlu bersikap ringan tulang, ramah serta menjadikan pelanggan sebagai saudara rapat atau sebagai seorang sahabat.
  • Seseorang peniaga perlu mempunyai daya ketahanan yang tinggi, mental yang kuat dan jiwa yang teguh dengan pendirian.
Untuk menjadi seseorang yang berjaya dalam perniagaan dan bisnes, mereka selalunya tidak kedekut untuk mengeluarkan perbelanjaan asalkan dapat menarik dan meyakinkan hati pelanggan. Bagi mereka, pelanggan yang akan membantu mereka untuk mengembangkan lagi perniagaan yang sedang diusahakan. Antara petua yang mereka selalu amalkan dalam perniagaan adalah ‘menjadi peniaga yang mudah dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet.’ Disebabkan petua ini juga, mereka begitu gigih dan bersungguh-sungguh untuk menarik hati pelanggan dan menjaga pelanggan yang sedia ada dengan sebaik-baiknya. Bagi mereka juga, dalam perniagaan perlu ada nilai-nilai kemanusiaan, elemen kebajikan dan tanggungjawab sosial kepada masyarakat dan peniaga adalah diibaratkan seperti hamba yang berkhidmat kepada tuannya.

Selain itu, masyarakat Cina turut menekankan beberapa ciri-ciri seorang peniaga yang perlu ada dalam diri mereka. Bisnes atau perniagaan tidak akan menjadi satu seni sekiranya ciri-ciri ini tidak ada dalam diri mereka. Antara ciri-ciri tersebut adalah :
  • Sabar
  • Tidak mudah putus asa
  • Pandai merebut peluang
  • Mempunyai perhubungan awam yang baik
  • Berpandangan jauh
  • Berpegang pada janji
  • Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menguruskan perniagaan
  • Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
  • Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

Ciri-ciri ini perlu ada dalam diri setiap peniaga yang ingin memastikan perniagaan mereka dapat berkembang maju. Apa yang disenaraikan ini juga adalah merupakan satu jalan yang boleh diguna pakai dalam strategi seseorang peniaga untuk menarik lebih banyak kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap bisnes yang dijalankan. Apabila pelanggan semakin ramai, maka sudah tentu untung yang lebih besar juga turut menanti.

Konsep Berniaga yang Diamalkan oleh Kaum Cina
Kaum Cina mensasarkan matlamat dan tujuan tertentu dalam perniagaan mereka. Bagi memastikan matlamat mereka tercapai, mereka akan saling bantu-mambantu antara satu sama lain khususnya sesama masyarakat Cina. Konsep perniagaan orang Cina adalah berasaskan prinsip simbiosis iaitu mereka sebagai peniaga saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Contoh, sekiranya ada peniaga Cina yang menjual barangan runcit, maka peniaga Cina yang lain akan menjual barangan basah seperti ikan, daging dan ayam serta barangan keperluan yang lain. Mereka turut bijak mengambil peluang dengan membuka restoran di kawasan tersebut dan akan mendapatkan barang-barang keperluan untuk memasak daripada kedai-kedai yang telah sedia ada di sekitar kawasan tersebut. Secara tidak langsung, peluang yang mereka ambil ini akan menjadikan perniagaan di kawasan tersebut berkembang kerana adanya sokongan yang kuat dalam kalangan peniaga di kawasan tersebut. Apabila hal ini terjadi, perniagaan masing-masing akan lebih mudah berkembang dan tidak mudah untuk gulung tikar.

Terdapat satu fakta menarik tentang konsep perniagaan orang Cina yang perlu kita ketahui. Suku Hailam merupakan suku terakhir yang masuk ke Tanah Melayu satu ketika dahulu. Apabila mereka sampai, mereka melihat banyak bidang perniagaan yang sudah diterokai oleh suku-suku Cina yang datang lebih awal. Maka mereka menceburkan diri dengan mengambil peluang membuka kedai kopi yang mana ketika itu belum diterokai secara meluas oleh suku-suku Cina yang lain. Mereka turut mempelbagaikan menu mereka dengan memperkenalkan roti bakar dan nasi ayam Hainan. Akhirnya, perniagaan ini kekal sehingga ke hari ini dan semakin meluas dari hari ke hari.

Dalam satu kajian terhadap sebuah buku yang bertajuk Rahsia Bisnes Orang Cina hasil karya Ann Wan Seng ada menyatakan bahawa masyarakat Cina tidak memandang rendah kepada mana-mana orang yang gagal dalam perniagaan dan mereka memandang tinggi kepada sesiapa yang hendak berusaha dan selalu memberi galakan serta peluang kepada sesiapa yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan. Ini membuktikan, bahawa mereka langsung tidak mengenal erti putus asa dan erti kegagalan dalam bisnes yang dijalankan sebaliknya hanya memandang kehadapan tanpa menoleh lagi kebelakang. Maka tidak hairanlah pada hari ini kita dapat melihat lapangan perniagaan di negara kita majoriti besar dikuasai oleh masyarakat Cina.

Tokoh Usahawan Cina di Malaysia

1.0 Robert Kuok
Di negara kita, terdapat ramai tokoh-tokoh bisnes yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Cina. Jumlah mereka mungkin boleh mencecah sehingga ratusan atau ribuan orang. Antara tokoh bisnes daripada kaum Cina yang terkenal di Malaysia ialah Robert Kuok merupakan seorang tokoh peniaga daripada masyarakat Cina yang lahir di Johor Bahru pada 6 Oktober 1923 dan memiliki anak seramai 8 orang. Beliau juga merupakan antara jutawan yang memiliki aset berbilion ringgit hasil daripada usaha gigihnya membangunkan perusahaan gula di Malaysia. Beliau juga turut diberi gelaran ‘Raja Gula Asia’. Beliau sangat bijak mengambil peluang kerana mampu menjana keuntungan yang besar hanya dengan menghasilkan pengeluaran gula untuk negara.
Selain itu, beliau turut menjawat jawatan sebagai Pengerusi Shangri-La Hotel dan Resort Chain. Apa yang dapat disimpulkan, beliau tidak mengecapi kejayaan seperti yang beliau miliki pada hari ini dengan mudah. Banyak pengorbanan dan modal yang perlu dikeluarkan untuk beliau membangunkan perusahaan gula sehingga boleh bertahan sampai ke hari ini. Nama beliau juga turut tersenarai antara individu terkaya di rantau Asia.

2.0 Mendiang Lim Goh Tong
Mendiang Lim Goh Tong yang merupakan seorang usahawan Tionghua terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 sehingga beliau meniggal dunia. Beliau memiliki aset berjumlah sehingga 421.60 bilion ringgit Malaysia. Beliau juga merupakan Pengasas dan Prseiden seumur hidup kumpulan Genting. Selain memiliki hotel, beliau turut mempunyai kasino yang dikunjungi 14 juta orang dalam setahun serta memiliki aset-aset mewah yang lain. Dalam satu catatan sejarah menyatakan bahawa beliau datang ke Malaysia dari Fujian China ketika berumur 19 tahun dan hanya membawa wang berjumlah RM175 sebelum berkerja dan membina syarikat sendiri iaitu Kien Huat.

Usaha gigih beliau dan idea yang kreatif telah membuatkan beliau berhasrat untuk mendirikan Genting sebagai sebuah tempat perlancongan di Malaysia. Hasilnya, Genting Highlands masih menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia walaupun kini beliau telah pergi selama-lamanya.

Kedua-dua tokoh ini merupakan antara contoh usahawan masyarakat Cina yang berjaya membina empayar perniagaan yang begitu berpengaruh selain membuktikan pada semua bahawa setiap kejayaan yang ingin dikecapi perlu melalui usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa. Sememangnya peniaga-peniaga atau usahawan-usahawan Cina mempunyai taktik dan startegi tersendiri. Namun semua itu dilihat sebagai satu seni dalam perniagaan. Etika masyarakat Cina juga turut membenarkan penggunaan startegi masing-masing asalkan tidak mendatangkan kemudaratan kepada peniaga dan pelanggan. Sebaik-baiknya biarlah strategi tersebut mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Pendek kata, peniaga-peniaga Cina mempunyai daya kreativiti yang tinggi selain bijak mencuri peluang yang ada dihadapan mata. Peluang akan digunakan dengan sebaik-baiknya bagi memastikan keuntungan yang besar boleh dicapai dan kejayaan hanya akan diperoleh sekiranya mereka mempunyai sikap yang rajin, tekun dan tidak mudah mengalah sekiranya menghadapi kegagalan. Maka, wajar bagi msyarakat lain di negara ini untuk mencontohi sikap kaum Cina dalam usaha mereka menjalankan perniagaan.

Tips Menjimatkan Wang Semasa Berbelanja

Semasa berbelanja, anda perlu memberi beberapa peringatan untuk menjimatkan wang anda.

1. Kita perlu menyemak serta meneliti kualiti barangan.

2. Kita jangan tertarik dengan barangan dan tawaran harga yang rendah.

3. Kita seharusnya menyoal, Mengapakah harga yang ditawarkan begitu rendah dan menarik?

4. Kita sepatutnya membeli barangan yang mempunyai kualiti yang baik dan harganya berpatutan.

Selain itu juga, anda perlu  juga beringat bahawa...

Barangan yang baik...
- tidak semestinya mahal

- tidak semestinya barangan import

- tidak semestinya cantik pembungkusannya

- tidak semestinya terkenal jenamanya

- tidak semestinya kerap diiklankan

- tidak sukar dibeli jika anda bertindak sebagai pembeli yang bijak.

Tips Menyimpan Wang

Hampir semua orang bersetuju bahawa mereka perlu menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka. Tetapi ramai yang gagal untuk melakukannya. Mereka fikir bahawa kadar penyaraan hidup adalah terlalu tinggi, banyak bil yang perlu dijelaskan, terlalu banyak barangan yang perlu dibeli. Memang ada kebenarannya. Tetapi pada hakikatnya, walau siapa pun anda atau sebanyak mana sekali pun pendapatan, anda masih boleh menabung. Kemudian barulah anda boleh memutuskan sebanyak mana anda boleh ketepikan daripada pendapatan anda.

Ramai yang mempercayai bahawa sekiranya mereka tidak dapat menyimpan dengan banyak, maka mereka tidak perlu menyimpan. Mereka terlepas pandang fakta bahawa sekecil mana sekalipun jumlah yang disimpan dengan tetap, akan bertambah dalam jangka masa yang panjang. Seandainya anda menyimpan hanya lima peratus daripada pendapatan anda, maka jumlah yang tersimpan adalah sama dengan jumlah gaji penuh setahun dalam masa kurang daripada 20 tahun (malah beberapa tahun lebih kurang jika diambil kira jumlah faedah yang terkumpul dalam akaun simpanan anda). Ia kelihatan seperti suatu masa yang panjang, tetapi harus diingat bahawa kita memperkatakan tentang pendapatan penuh setahun! Oleh itu berapakah pula masa yang dikurangkan sekiranya anda menabung RM1,000 atau RM500?

Sebagai perbandingan, apakah yang anda boleh tunjukkan bagi wang yang anda tidak simpan itu? Cuba renungkan pada beberapa tahun kebelakangan dan tanya diri anda sendiri, apakah kerugian yang anda alami sewaktu menyimpan lima atau sepuluh peratus daripada pendapatan anda itu. Adakah ia terlalu ketara atau adakah ia menguntungkan? Adakah ia mendatangkan kepuasan sepertimana yang anda rasai sewaktu mengetahui jumlah wang yang terkumpul sehingga kini? Sudah tentu tidak.

Untuk menghilangkan tabiat berbelanja boros memerlukan kekuatan diri. Tetapi apabila jumlah simpanan anda bertambah, sedikit demi sedikit, ia akan menjadi lebih mudah. Malah, ia akhirnya menjadi suatu kenikmatan. Dan, sementara jumlah simpanan anda kian bertambah, anda juga akan menerima kadar kaedah yang membantu menambahkan jumlah simpanan anda dengan lebih cepat.

Bukankah benar bahawa segala apa yang anda benar-benar mahukan boleh diperolehi daripada simpanan anda? Luangkan masa seketika dan senaraikan dalam fikiran anda barangan atau perkara-perkara yang bernilai dan sesuai untuk disimpan. Adakah masuk akal sekiranya anda impikan untuk mendapat ganjaran dari mana-mana, atau mewarisi harta, ataupun daripada sumber-sumber kekayaan sekelip mata? Sudah tentu tidak. Anda tahu apa yang anda harus lakukan – mulakan menabung.

FORMULA UNTUK MENYIMPAN WANG
Formulanya adalah daripada lima patah perkataan – “BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU”. Sebelum anda membayar sewa kepada tuanpunya rumah atau peruncit atau sesiapa sahaja, pastikan anda BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU.
Teorinya cukup mudah. Jika anda cuba menyimpan daripada baki yang tinggal selepas membayar semua bil dan keperluan lain, anda tidak akan dapat menyimpan untuk diri anda. Jika sebaliknya, anda membayar diri anda terlebih dahulu, anda akan menjadi sedikit kaya setiap bulan, dan anda masih boleh menjelaskan pembayaran bagi segala keperluan yang mustahak daripada baki pendapatan anda (walaupun anda perlu lebih teliti mentadbirkan kewangan anda).

Jika anda tidak percaya ianya boleh dilakukan, pertimbangkanlah perkara berikut. Andaikan bahawa pihak kerajaan menaikkan cukai pendapatan bagi semua orang sehingga sepuluh peratus. Tiada siapa pun menyukainya, tetapi semua orang akan mendapati pendapatan mereka dikurangkan mengikut kadar potongan cukai yang baru itu. Selepas beberapa waktu penyesuaian, anda boleh menyelaraskan perbelanjaan anda mengikut jumlah pendapatan anda yang sedikit berkurangan itu. Anda terpaksa melakukannya kerana kemampuan anda sudah berkurangan.

Begitu juga dengan membayar diri anda terlebih dahulu. Formulanya sama. Jika anda mengetepikan sejumlah wang untuk akaun simpanan sebelum sesen pun dibelanjakan, bermakna anda membuat ‘pemotongan pendapatan’ anda sendiri. Akhirnya anda akan menyesuaikan penyaraan diri anda mengikut jumlah yang boleh dibelanjakan. Cubalah dengan sepuluh peratus daripada pendapatan anda – atau dengan hanya lima peratus. Anda akan terperanjat apabila mengethui bahawa menyimpan wang tidak akan menurunkan taraf hidup anda. Malah secara keseluruhan, ia akan mempertingkatkan kehidupan. Anda tidak akan jatuh miskin dengan menyimpan wang.

CARA-CARA UNTUK MEMULAKAN AKAUN SIMPANAN
Di sini ada beberapa idea yang boleh membantu anda menabung. Cara-cara ini telah berkesan untuk semua orang. Jangan cuba kesemuanya.
1. Daripada pertukaran wang anda seharian, simpanlah syiling-syiling pada kadar tertentu, seperti syiling sepuluh sen, syiling dua puluh sen, atau syiling lima puluh sen. Letakkan syiling-syiling tersebut ke dalam tabung. Anda tidak rasa kehilangannya, malah anda akan terperanjat apabila melihat begitu cepatnya ia bertambah.
2. Daripada hanya menyimpan syiling-syiling mengikut kadar tertentu, lebih baik anda menyimpan semua syiling pertukaran wang anda setiap hari.
3. Selepas anda membayar ansuran terakhir kereta anda ataupun pinjaman-pinjaman yang lain, tambahkan jumlah yang sama ke dalam akaun simpanan anda setiap bulan yang mendatang. Anda sudah pun mempunyai tabiat mengetepikan jumlah tersebut setiap bulan, oleh itu teruskanlah dengan membuat pembayaran pada diri anda sendiri.
4. Jika anda mendapat pulangan cukai pendapatan, masukkanlah ia ke dalam akaun simpanan.
5. Jika anda menerima bonus, gunakanlah ia untuk membuka akaun simpanan atau untuk membesarkan jumlah akaun yang sedia ada.
6. Simpanlah wang pendapatan kerja lebih masa anda daripada membelanjakannya.
7. Jika anda dinaikkan gaji, simpanlah ia. Sebelum ini pun anda sudah biasa tanpa wang tambahan tersebut.
8. Simpanlah ke dalam akaun simpanan anda segala wang yang diterima sempena hari jadi, sewaktu menyambut hari perayaan atau sambutan-sambutan tertentu.
9. Pastikan wang anda bekerja untuk anda. Carumkanlah wang-wang yang berlebihan secepat mungkin ke akaun simpanan.
10. Amalkan program jangka-pendek ‘hidup sederhana’ dimana ketika itu anda menyimpan sebanyak mungkin. Jangan membeli sekiranya tidak perlu. Elak daripada pergi menonton, makan luar, atau perbelanjaan untuk segala bentuk hiburan.

ANDA TIDAK AKAN RUGI WALAU APA CARA SEKALI PUN
Menabung bukan sahaja membuat anda lebih kaya, malah anda juga akan mendapat ketenangan jiwa kerana kewangan anda kukuh. Anda akan lebih menghormati diri sendiri. Anda akan dapati bahawa corak kehidupan anda akan menjadi lebih teratur. Dan pastinya anda sedang menuju ke arah kejayaan kewangan.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN KEJAYAAN KEWANGAN?
Kejayaan kewangan adalah mudah. Ia adalah keupayaan untuk mengumpul wang dan menerima pulangan daripada apa yang anda simpan. Apa yang anda belanjakan atau berapa banyak pendapatan anda bukannya penentu bagi kejayaan kewangan anda. Yang menentukannya ialah berapa banyak anda menyimpan!

BAGAIMANAKAH ANDA MENCAPAI KEJAYAAN KEWANGAN?
Pertamanya, ambillah suatu inventori untuk mengenalpasti kedudukan kewangan anda. Berapakah pendapatan anda? Ke mana perginya wang anda? Berapa banyak hutang anda? Berapa banyak simpanan anda? Dengan cara ini sahaja anda boleh mengenalpasti kedudukan kewangan anda yang sebenar.

Kedua, buat satu matlamat. Tentukan jumlah wang yang anda mahu dan bila anda mahu mencapai matlamat tersebut. Misalnya, katakanlah anda mahu memilik RM5,000 disimpan dalam masa lima tahun. Tulis matlamat anda ini. Kini anda telah mempunyai objektif yang tertentu.

Selepas anda mencipta matlamat itu, gunakan sebarang cara dalam penguasaan anda untuk mencapainya. Sambil anda beusaha ke arah matlamat itu, anda akan menerima perasaan keseronokan dan kepuasan di atas kerja yang anda lakukan. Anda akan mentadbir segala hal ehwal anda sendiri. Anda telah memiliki perasaan kebebasan yang tiada sesiapa pun boleh mengambilnya dari anda.

Kebanyakan orang berkata bahawa mereka mendapati sukar untuk menyimpan wang kerana terlalu banyak tempat di mana mereka terpaksa membelanjakannya. Jika mereka mahu, orang-orang seperti ini juga boleh menyimpan. Apa yang lebih penting ialah keinginan membara untuk beroleh kejayaan dengan kewangan anda. Anda perlu memutuskan untuk menyimpan lebih daripada membelanjakan.

UNTUK MENYIMPAN DENGAN LEBIH BAIK, ANDA JUGA PERLU BERBELANJA DENGAN BAIK
Orang yang telah mempelajari rahsia menabung selalunya juga mempelajari cara berbelanja dengan lebih baik. Mereka berusaha dengan pelan pentadbiran kewangan yang tetap, yang boleh mengawal segala perbelanjaan, yang juga membuat setiap ringgit bermatlamat. Jika idea-idea ini tidak boleh anda turuti – jika, selepas membayar diri anda terlebih dahulu, anda masih mempunyai hutang dan terpaksa pula meminjam sebanyak mana yang anda telah simpan – maka anda harus pergi kepada pelan dasar kewangan. Anda akan dapati bahawa anda mempunyai terlalu banyak pembocoran dalam belanjawan anda yang boleh ditampal supaya anda tidak lagi sekerap mungkin memerlukan wang simpanan anda.

IA BOLEH DILAKUKAN!
Orang lain telah melakukannya. Anda juga boleh berbuat demikian! Jika anda benar-benar berhasrat untuk berjaya dalam menabung, anda akan melakukannya.

Sunday 17 February 2013

TIPS SUAMI ISTERI BAHAGIA



1) Sempatkan diri anda menyapa suami ketika anda atau dia mahu ke pejabat atau hubunginya melalui telefon di pejabatnya dan katakan bahawa anda akan merinduinya sepanjang hari itu. Ciuman kasih juga boleh diberikan kepada suami sebelum dia melangkah ke tempat kerja.

2) Ungkapkan rasa cinta anda dengan pelbagai cara. Misalnya, kirimkan pesanan cinta singkat melalui SMS di telefon bimbit atau emelnya. Atau, selipkan pesanan 'Selamat makan, sayang' dalam bekalan makanan tengah harinya jika anda membekalkan makanan tengahari dari rumah untuk suami.

3) Sesekali, buat janji makan tengahari bersamanya secara spontan. Ajak dia ke restoran tempat pertama kali anda makan berdua ketika bercinta dahulu (kalau tempat itu masih di daerah tempat anda tinggal sekarang).

4) Biarkan dia membantu pekerjaan anda. Jangan lupa ucapkan terima kasih setelah itu, anda pujilah usahanya membantu anda.

5) Sesekali ajak dia menonton wayang di pawagam. Biarkan dia yang menentukan filem apa yang mahu ditonton, memberi pujian dengan mengatakan bahawa dia pun sehebat hero dalam filem itu. Sebutkan beberapa kebaikannya yang membuat anda sayang menyintai dan menyayanginya, walaupun mungkin wajahnya tidak sekacak hero dalam filem yang anda tonton itu.

6) Jika dia merancang mahu menonton siaran langsung sukan kegemarannya di kaca TV pada tengah malam, sediakan makanan ringan kesukaannya. Esok pagi, tanyakan berapa gol atau skor yang diperoleh oleh pasukan kesukaannya. Dia suami menyedari sikap prihatin anda terhadapnya atau sekurang-kurangnya dia dapat merasakan betapa anda begitu menghargainya.

7) Tidak perlu menunggu hari ulang tahunnya untuk memberikan hadiah. Berikan kejutan berupa hadiah-hadiah kecil seperti aksesori kereta, tali leher atau kaset penyanyi atau grup band kegemarannya.

8) Tertawalah ketika mendengan gurauannya, atau menyanyilah bersamanya biarpun suaranya terdengar sumbang.

9) Berusahalah bergaul dengan para sahabatnya. Anggap dia seperti teman anda sendiri. Jika mereka menceritakan kisah nostalgia masa lalu, dengarkan bersungguh-sungguh, meskipun anda sudah mendengar cerita-cerita itu.

10) Simpan gambarnya di dompet anda.

====================
Kredit kepada Facebook PenMerah[dot]com