Wednesday 14 November 2012

Panduan Untuk Menjana Pendapatan Tambahan

Dunia masa kini memerlukan wang. Bak kata orang, wang bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya memerlukan wang. Masakan tidak, untuk membuang air, kene bayar, nak parking kereta, kene bayar, nak makan,sudah tentu kene bayar. Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat saban tahun, meningkatkan kos perbelanjaan. Jika dahulu wang yang bernilai RM10.00 boleh membeli berbagai barang, kini RM10.00 hanya boleh beli topup yang akan habis dalam masa beberapa minit sahaja.

Jika mahu menampung kos sara hidup, sesuatu perlu dilakukan. Pendapatan perlu ditambah dan sumber kewangan tambahan perlu dicari. Terdapat beberapa tips dan panduan untuk menambahkan pendapatan secara sampingan atau part time, semoga bermanfaat...


1. Mengajar
Setiap insan mempunyai kemahiran masing-masing. Ada yang mahir dalam memasak, menjahit, berkebun dan sebagainya. Kemahiran ini boleh digunakan untuk mengajar orang lain untuk manfaat bersama. Bukan sahaja income masuk, malah dapat membina perhubungan baru.

2. Menulis
Dunia internet merupakan dunia tanpa sempadan. Ledakan informasi menjadi suatu fenomena dunia tanpa sempadan. Dengan maklumat dan info yang ada, manusia menjadi lebih berilmu dan berpendidikan. Anda boleh menulis di internet seperti di blog - sebab itu ada blogger, facebook, twitter dan laman sosial popular yang lain.

Malah, harga untuk sesuatu informasi ini sangat mahal berbanding dengan emas perak. Sebagai contoh, anda mungkin boleh menulis mengenai panduan membuat menawan hati suami. Manelah tahu, rezeki anda dalam dunia penuslian.

3. Bercakap
Satu lagi kemahiran yang ramai manusia lupa. Berkata-kata. Ia sangat mudah. Anda ingat bila anda pandai berkata-kata? saya sendiri sudah lupa...Bercakap bukan berkata kosong, akan tetapi berkata yang mempunyai ilmu dan maklumat yang berguna. Anda boleh menggunakan kemahiran ini dengan menjadi ejen insurans, ejen menjual sesuatu produk yang anda gunakan, ejen jualan kad prabayar dan seumpamanya.

4. Menjual Barang Terpakai Yang Sudah Tidak Digunakan Lagi
Anda mesti pernah terfikir untuk membuang barang-barang yang sudah tidak dipakai lagi. Hendak dibuang sayang, masih elok, hendak di simpan, menyemakkan suasana. Jalan penyelesaiannya, ada jual. Anda bukan sahaja dapat menambahkan duit poket, malah mengosongkan ruang yang sesak dan sebagai bonus, anda boleh memulakan suatu perniagaan baru...sape tahu kan?

5. Memasak
Memasak memerlukan kemahiran dan kesungguhan. Jika anda yakin yang masakan anda sedap dan dapat memenuhi selera orang ramai. Tunggu apa lagi, teruskan niat anda. Memasak bukan sahaja dengan buka kedai makan atau mengambil order katering. Jika anda boleh membuat kek, mengambil tempahan membuat kuih muih, mengambil tempahan majlis dan sebagainya, ia sesuatu yang hebat.

6. Sewa
Anda memiliki aset yang berharga yang jarang digunakan? Inilah masanya untuk anda menyewakannya. Ia merupakan suatu pendapatan yang menarik. Sebagai contoh, anda ada rumah, boleh disewakan, duit rumah sewa itu boleh digunakan untuk membayar ansuran bulanan rumah tersebut. Di sini, anda boleh menjimatkan perbelanjaan bulanan anda dan melebihkan simpanan.

7. Menawarkan Perkhidmatan
Ini sesuatu yang amat baik. Anda ada kemahiran yang orang lain tidak ada. Anda ada bakat yang orang ramai cari. Tawarkan perkhidmatan anda kepada mereka. Mengambil upah menjahit baju, Khidmat membersihkan kolam ikan, Khidmat memotong rumput dan sebagainya.

Ia boleh menjadi income tambahan bulanan anda.

8. Teknologi
Dunia teknologi ada dunia tanpa sempadan dengan perkembangan teknologi baru setiap hari. Dahulu telefon bimbit ada alat mewah. Kini ia adalah keperluan. Amat jaggal sekali sekiranya ada manusia yang tidak mempunyai alat perhubungan itu. Dengan permintaan teknologi baru yang berkembang pesat, manusia tergila-gilakannya dengan hasrat untuk memiliki teknologi terkini.

Semoga tips yang diberikan memberi manfaat kepada semua.